TAKLIMAT KURSUS INTEGRITI DAN RASUAH (KIAR) KEPADA PELAJAR KYS BUSINESS SCHOOL MELAKA


MELAKA 12hb Oktober 2023 – Bagi mendedahkan pelajar-pelajar yang memenuhi silibus kursus Integriti dan Rasuah, satu lawatan dari KYS Business School terdiri dari pelajar-pelajar Matrikulasi di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hadir ke Pejabat SPRM Negeri Melaka. Pelajar – pelajar ini diberi taklimat dan perkongsian berkaitan isu integriti dan rasuah yang memberi manfaat dan pengalaman positif kepada pelajar dalam menangani isu-isu berkaitan rasuah. Taklimat telah disampaikan oleh Ps Muhammad Aiman Lingen bin Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Melaka. Turut serta Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Melaka PsK Mohd Haris bin Ibrahim yang mewakili Pengarah SPRM Negeri Melaka. Seramai 32 orang pelajar KYS bersama Pensyarah Kanan En Abd Halim bin Hassan telah menyertai lawatan kali ini.
#rasuahdihinamaruahdibina
#melakatolakrasuah
#ulangtahunsprm56
#sumberrujukkansprm